Tiara Andini (album)

Tiara Andini merupakan album studio pertama oleh penyanyi dan pelakon wanita Indonesia, Tiara Andini. Album ini merupakan album solo penuh sulung Tiara Andini selepas sebelum ini mengeluarkan mini album, Arti untuk Cinta bersama Arsy Widianto. Album eponim ini dikeluarkan pada penghujung tahun 2021 melalui syarikat rakaman Universal Music Indonesia, mengandungi lapan lagu, yang mana terdapat lima single yang dikeluarkan sebelum ini.[1]Pada 8 Disember 2022, album ini memenangi anugerah Album of the Year di Indonesian Music Awards 2022 yang diadakan di Studio RCTI+, Jakarta, selepas mendapat tempat pertama dalam undian dalam talian—menewaskan album Manusia oleh Tulus, Tutur Batin oleh Yura Yunita, Time oleh D'Masiv, dan Wijayakusuma oleh Ardhito Pramono.[2]